Malaysian Association for the Prevention of Tuberculosis
Home
TB Conference 2018
About Us
State Affiliates
Event & News
MAPTB Federal
APTBKL
MAPTB Perak
MAPTB Kedah
MAPTB Kelantan
MAPTB Negeri Sembilan
SABATA
MAPTB Selangor
MAPTB Penang
MAPTB Perlis
MAPTB Pahang
MAPTB Johor
MAPTB Terengganu
MAPTB Sarawak
Archives
TB Info
Support Us
Contact Us
Home
Vision Statement
The prevention, control and treatment of Tuberculosis in Malaysia, and the provision of welfare to needy TB patients.
This vision to be achieved by working closely with the Ministry of Health, and with other relevant NGOs and with
community organizations, in the spirit of voluntarism.
Goals and Objectives
Educate the public about Tuberculosis
Encourage persons with signs of TB to seek medical advice early
Ensure that persons with TB undergo full course of treatment
Give financial help to needy TB patients
Inform the public of free service provided by Government for the diagnosis and treatment of TB
Organise workshops, seminars and forums on Tuberculosis
BH News
COVID-19
TB Data & Reports
MAPTB Newsletters
Archives
TB Seals
Tibi - Penyakit Berjangkit No.1
PERUTUSAN PENGERUSI MAPTB
LUPAKAN TIBI, NEGARA TERUS RUGI BERBILION RM SETAHUN!
Kita sudah mendengar satu hari PKP diisytiharkan seluruh negara, Malaysia dianggarkan
kehilangan antara RM2 hingga RM2.5 bilion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Dari suatu sudut, PKP turut memberikan kesan dan impak positif – kurang pencemaran,
kurang gejala sosial, kurang jenayah dan kurang aktiviti tidak produktif yang jika
ditaksirkan boleh mencecah ratusan juta sehari.
Namun, penjimatan perbelanjaan itu tidak lah begitu besar berbanding kerugian yang dialami
apabila berbagai kapasiti produktif negara – tenaga kerja, kapasiti pembuatan dan
penghasilan, pendidikan, aktiviti masyarakat terbatas atau terhenti.
Sekatan perjalanan juga mengakibatkan pelaburan baru, usahawan pengurusan dan
pelancungan - domestik dan dari luar negara tersekat dan terjejas teruk.
Lebih lama tempoh PKP lebih besar lah kesan dan impak negatif nya, malah ia menularkan
keburukan –keburukan lain terhadap kualiti kehidupan masyrakat, keluarga dan individu.
Penyakit Tibi
Pun begitu, masyarakat kurang sedar atau tidak mengetahui bahawa terdapat kira –kira 8,000
jenis penyakit berjangkit lain yang secara tersendiri dan keseluruhan juga
menimbulkan kesan dan impak negatif.
Tibi, adalah merupakan salah satu penyakit berjangkit selain dari Covid-19, dan masih
merekodkan kes dan kematian tertinggi saban tahun di negara kita.
Dalam tahun 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 23,644 kes
Tibi dan 2,320 kes kematian Tibi, dan dianggarkan kira-kira 10% kes yang tidak
dilaporkan.
Seperti Covid-19, kuman Tibi menghentam paru-paru hingga parah, dan tidak seperti COVID-19,
Tibi lebih mencabar lagi apabila kira-kira 15% dari kes Tibi berlaku di luar paru-paru,
yakni boleh menembusi, merosak atau memusnahkan organ-organ manusia yang lain.
Tanpa diagnosis dan rawatan yang betul dan pantas penyakit Tibi boleh mengakibatkan kematian.
Tidak seperti Covid-19, kuman Tibi telah pun diwarisi oleh kira-kira ¼ dari penduduk dunia.
Zat pemakanan, kurang daya tahan, komorbiditi dan tekanan gaya hidup boleh mengaktifkan
kuman Tibi dan menjangkiti orang lain melalui semburan batuk dan kahak.
Tibi paru-paru yang aktif biasanya mudah didiagnos dan dirawat, tetapi sebalik terdapat
kira 15% kes Tibi berlaku di luar paru-paru dan lewat didiagnos dengan tepat dan pantas.
Seperti Covid-19, kehadiran penyakit-penyakit (komorbiti) kronik dan kritikal yang lain
menyukarkan keberkesanan diagnosis dan meningkatkan lagi risiko kelunturan rawatan
dan penyembuhan.
Tidak seperti Covid-19, pesakit Tibi perlu menjalani rawatan yang lama, 6 hingga 20 bulan,
bergantung kepada tahap kekebalan kuman Tibi kepada ubat-ubat yang diberikan.
Berdasarkan kepada kajian-kajian perubatan, pesakit-pesakit Tibi aktif rata-rata tidak lagi
produktif dalam tempoh kesakitan intensif dan sekiranya mendapat dan patuh rawatan
akan mengalami kemerosotan 30% tahap produktiviti setahun.
Kajian terbaru yang dibentangkan dalam Persidangan ke-52 International Union Against
Tuberculosis & Lung Diseases (IUATLD) tahun 2021 merumuskan beban berlanjutan
sepanjang hayat sebanyak 45% akan dialami oleh pesakit Tibi yang telah sembuh.
Profail Tibi negara menunjukan purata baki umur produktif dikalangan kematian Tibi ialah
sebanyak 15 tahun.
Pada keseluruhan nya kehilangan hari-kerja produktif pesakit-pesakit Tibi itu bermakna
KDNK negara terjejas sebanyak RM1 bilion setahun atau hampir RM10 bilion
dalam 1 dekad.
Jumlah kerugian-kerugian tersebut tidak termasuk perbelanjaan yang ditanggung oleh KKM,
pesakit dan keluarga pesakit Tibi.
Jika jumlah tersebut dilaburkan dalam perniagaan yang berdaya maju atau pembangunan
modal insan, Malaysia tentu nya dapat meningkat lagi kesejahteraan penduduk dan negara.
Sekiranya kita mengambilkira kesan dan impak yang boleh dihasilkan sekiranya kita dapat
menangani dengan berkesan kesemua penyakit-penyakit berjangkit Malaysia akan
menjadi sebuah negara yang jauh lebih sihat, sejahtera, produktif dan maju, insya Allah.
Persidangan Union World Conference on Lung Health ke-52 pada 19-22 Oktober 2021
Persidangan secara virtual ini telah membentang 3 penemuan saintifik baru, tetapi muram dengan pencapaian usaha-usaha
penyelidikan & pembangunan vaksin dan ubat-ubatan baru: -
(1) Tuberculosis, sebagaimana Covid-19, merebak melalui semburan dari pesakit Tibi;
(2) Rawatan Tibi yang sangat “melelahkan atau menyiksa” bagi Tibi-Kebal Ubat boleh dilakukan secara oral dan dipendekan tempoh kepada 6 bulan dengan menggunakan regimen oral terdiri dari bedaquiline, pretomanid (BPaL) dan linezolid;
(3) ujian darah secara stik jari sebagai alat pemeriksaan Tibi;
(4) kegagalan menghasilkan vaksin baru yang lebih berkesan terutamanya disebabkan oleh kekurang dana sebanyak USD1.5 bilion setahun dan minat para saintis.
(5) Penemuan2 kedua dan ketiga masih belum dilaksanakan sepenuh di seluruh dunia.
Ibrahim Hamzah
Presiden Persatuan Mencegah Tibi Malaysia
Disember 2021.
Berita Harian (30 March 2022)