𝟭 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲
Program Menyantuni Pesakit Tibi di Hospital bersama Presiden MAPTB Pahang pada pagi 1 Syawal 1447H.
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr. Mazlina binti Mohtar, Presiden MAPTB Pahang yang juga Pengarah Perubatan MAPTB Federal telah hadir menyantuni 6 orang pesakit Tibi yang sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh pada pagi 1 Syawal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
Dalam suasana mesra dan penuh keprihatinan, beliau menyantuni pesakit 𝘛𝘶𝘣𝘦𝘳𝘤𝘶𝘭𝘰𝘴𝘪𝘴 (Tibi) sebagai tanda sokongan moral serta menceriakan suasana Aidilfitri mereka.
Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan Bakul Makanan Aidilfitri dan duit raya daripada Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) Negeri Pahang kepada pesakit Tibi.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja yang terus komited memberikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun di hari perayaan. Kehadiran beliau mencerminkan penghargaan masyarakat terhadap pengorbanan serta dedikasi kakitangan kesihatan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
Bersempena Sambutan Hari Tibi Sedunia 2026 yang akan disambut pada Selasa 24 Mac 2026, dengan Tema Utama: "Ya! Kita Boleh Tamatkan Tibi!"
Beliau menyeru semua masyarakat di Malaysia dengan harapan agar bertindak segera untuk menamatkan wabak tibi walaupun dalam persekitaran global yang mencabar. Dengan kepimpinan negara yang berwibawa, peningkatan pelaburan domestik dan antarabangsa, penerimaan pantas syor serta inovasi baharu WHO, tindakan yang dipercepatkan, serta kerjasama pelbagai sektor yang teguh, usaha menamatkan tibi bukan sekadar aspirasi, ia mampu direalisasikan.
Beliau turut menegaskan bahawa Rawatan Tibi Adalah Percuma dan Tibi boleh disembuhkan. Di Malaysia, pemeriksaan dan rawatan tibi disediakan secara percuma di klinik dan hospital kerajaan.
Pengesanan dan Rawatan Awal Tibi dapat menyelamatkan nyawa. Beliau menyeru individu yang mempunyai gejala batuk berpanjangan (lebih 2 minggu) atau demam atau berpeluh pada waktu malam, atau hilang berat badan, agar segeralah menjalani pemeriksaan kahak dan x-ray dada.
Dr Mazlina turut berpesan agar menghentikan stigma terhadap Tibi. Jangan dipinggirkan pesakit tibi malah memohon agar masyarakat dan keluarga memberikan sokongan moral untuk memastikan mereka dapat menyempurnakan rawatan.
#Raya Bersama MAPTB
#Hari Tibi Sedunia
#World TB Day2026 #TamatkanEpidemikTibi #SihatMilikSemua
#MAPTBPahang