MAPTB Federal
20 Julai 2024
Taklimat Tibi, Mesyuarat EXCO dan Mesyuarat Agong Kali Ke-74 telah diadakan di Bayview Hotel, Langkawi pada 20 Julai 2024.

<








28 Dec 2023
Bawa pesakit TB ke Institut Perubatan Respiratori.
 

09 Jan 2024
Pesakit Tibi berumur 7 tahun, hantar ke Klinik Tangling
 

15 Jan 2024
Pesakit TB dihantar ke I.P.R.
 

18 Jan 2024
Bawa pesakit TB ke I.P.R
 

22 Jan 2024
Bawa pesakit TB ke I.P.R
 

23 Jan 2024
Rashidah ini, masuk Wad
 

29 Jan 2024
Bawa pesakit Tibi ke I.P.R
 

2hb. Feb. 2024
Hantar pesakit TB ke Klinik Cheras Baru
 

5hb. Feb. 2024
Pesakit Tibi di bawa ke IPR
 

05 Feb 2024
Hantar pesakit TB ke Hospital Selayang
 

6 Feb 2024
Hantar pesakit Tibi ke HKL
 

08-02-2024
Hantar pesakit Tibi ke IPR
 

9hb. Feb. 2024
Hantar pesakit Tibi ke klinik Petaling Bahagia
 

13 Feb 2024
Hantar pesakit tibi ke HKL
 

6th Dec 2023

MAPTB Federal will be calling the MAPTB Investment Fund Meeting on 6th of Dec. 10 30 am, Wednesday.
After, the Investment Fund Meeting on the same day, there will be a the Finance Sub-Committee Meeting.





Persatuan kami ada menyediakan X-Ray Dada bagi warga tempatan termasuk warga asing dibawah kelolaan (FOMEMA) untuk mengesan Tibi.
Perunding Pakar Perubatan Dada YBhg. Prof. Dato' Dr. Hj. Abdul Razak bin Abdul Muttalif (mantan Pengarah Institut Perubatan Respiratori).
Caj X-Ray dikenakan amatlah berpatutan. Pusat X-Ray ini didaftarkan:-
MAPTB Pusat X-Ray, No. 54, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur





Investment Meeting






4 October 2022

Meeting Of MAPTB Office Bearer 2022 held at the Conference Room of MAPTB Federal on the 4th October 2022










14 August 2022

Mesyuarat Agung Tahunan MAPTB tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat MAPTB, No. 2 Lorong Syed Putra Kiri, Kuala Lumpur















5 July 2022

Mesyuarat “Investment” telah diadakan di Bilik Mesyuarat, MAPTB (Federal) No. 2, Lorong Syed Putra Kiri, 50460 Kuala Lumpur.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden MAPTB Tuan Hj. Ibrahim Hamzah. Hadir di mesyuarat tersebut adalah
Timbalan Presiden Tuan Hj. Masdah bin Enti, Setiausa Agong Kehormat Tuan Hj. Ahmad Abd Hamid,
Bendahari Kehormat Lim Chee Min dan kakitangan-kakitangan Investor seramai 4 orang.




11 Jun 2022

Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Tema tahun ini “Invest End TB, Saves Lives” yang telah diadakan
di Dataran Padi Telaga Walk, Pulau Langkawi, Kedah. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hj. Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Presiden MAPTB Negeri Perlis Dr. Sathesh telah mewakili Presiden MAPTB Pusat








11 Februari 2022

Pertemuan bersama YB Tuan Khairy Jamaluddin b. Abu Bakar, Menteri Kesihatan Malaysia yang dihadiri oleh Presiden MAPTB Tuan Haji Ibrahim b. Hamzah
dan Naib Presiden MAPTB Tuan Haji Firdaus Lau di pejabat Menteri.



11 Disember 2021

Perbincangan mengenai Skim Elaun Rawatan dan Elaun Ganti Rawatan diikuti Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 2020/2021
dan Mesyuarat Agung Tahunan 2020/2021 bertempat di Bilik Mesyuarat MAPTB, No. 2, Lorong Syed Putra Kiri, 50460 Kuala Lumpur






29th November 2021

Pembentangan susulan perbincangan MAPTB Persekutuan dengan Gabungan negerinya bersama Puan Anis Nadia dan Dr. Asmah bte Razali
dari KKM (Bahagian Kewangan dan Bahagian Kawalan Penyakit) pada 24 November 2021. “Perjanjian/Penerimaan Bantuan Kewangan” bagi
Geran Kerajaan hendaklah disahkan dengan betul sebelum diserahkan kepada KKM. Laporan Suku Tahunan yang disahkan oleh Persatuan
dengan senarai pesakit yang menerima TAS & EGT untuk diserahkan kepada KKM. Geran Kerajaan yang diterima oleh Ahli Gabungan Negeri MAPTB
pada tahun 2021 adalah untuk Geran 2022. Sebarang geran yang tidak digunakan untuk tahun semasa akan dibawa ke hadapan untuk geran tahun berikutnya.



Edaran Risalah TB

Tempat : Pulau Tioman
Tarikh : 28 April 2019
Aktiviti : Mengedar risalah-risalah Tibi kepada pelancong-pelancong yang baru tiba
ke Pulau Tioman dan berangkat pulang di Jetty Pulau Tioman.
Anjuran : Metrology Corporation (M) Sdn Bhd & MAPTB




Pameran Sempena Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan Siri 1/2019

Tarikh : 22 Februari 2019
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
Tempat : Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Kehadiran : Jemaah-jemaah Masjid
Anjuran : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Agensi yang mengambil bahagian bersama diantaranya:-
1. Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
2. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
3. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia
4. Ibu Pejabat Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
5. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia
6. Pusat Darah Negara



Karnival Kesihatan MARDI 2018

Tarikh : 01 November 2018
Masa : 7.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Dewan Tan Sri Yusof Hashim, Ibu Pejabat Mardi, Serdang Kehadiran : 1000 kehadiran

Agensi yang mengambil bahagian bersama diantaranya:-
Hospital Serdang, Persatuan Autism Malaysia, Institut Kemahiran Negara,
Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia, Jualan Puspanita, PERKESO,
CUEPACS, National Institute Of Occupational Safety and Health (NIOSH),
Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA),
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi,
Malaysian SLE Association, Institut Kraf Negara (IKN),
The National Kidney Foundation (NKF), VITAGEN, TOTALIFE,
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MLYS





22 JUN 2018
MAPTB SECRETARIAT

President, Ibrahim Hamzah meeting with Cambodian Anti TB Association in Phnom Penh, courtesy visit.




15-18 MAC 2018
HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR

NATIONAL TB & LUNG DISEASE CONFERENCE 2018 anjuran bersama Institut Perubatan Respiratori, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) telah diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Y. Bhg. Dato’ Dr. Haji Azman Bin Abu Bakar dan berkata untuk tahun lalu sebanyak 26,168 kes TB telah dilaporkan. Ujarnya lagi, angka itu merupakan sesuatu yang membimbangkan kerana berlaku peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding hanya 24,220 kes pada tahun 2015.


Azman (tengah) bersama-sama Zamzurina (kanan) dan Ibrahim Hamzah (kiri) ketika sesi sidang akhbar sempena sambutan National TB and Lung Conference 2018 di Hotel Premiera, di Kuala Lumpur









23 FEBRUARI 2018
MASJID NEGARA

Pihak Masjid Negara telah menjemput Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia dijemput mengadakan pameran sempena Program Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan diadakan di Perkarangan Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 23 Februari 2018. Turut serta Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), National Eye Hospital, Malaysian AIDS Council, Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Para petugas pada hari itu Tuan Hj. Daud Isnin dan dua sukarelawan.



29 JULAI 2017
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 67 DI KANGAR, PERLIS


Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 67 di Bilik Mesyuarat Seri Malaysia, Kangar, Perlis pada 29 Julai 2017.


Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai, Presiden MAPTB, Tuan Hj. Ibrahim bin Hamzah, Presiden MAPTB Perlis merangkap Pengarah Perubatan MAPTB Dr. Sathesh Kumar dan juga wakil dari Persatuan gabungan negeri-negeri bergambar kenang-kenangan.


Kelihatan digambar Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Presiden MAPTB Perlis merangkap Pengarah Perubatan MAPTB Dr. Sathesh Kumar dan Presiden MAPTB Tuan Hj. Ibrahim bin Hamzah.


Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli merasmikan kempen “Awas Tibi Boleh Membawa Maut” bersempena program Sikalton 2017 bermula di Masjid ASSOBIRIN, Kampong Gial, Kangar, Perlis.


Peserta-peserta berbasikal dari Krabi, Thailand.


Senaman ringan telah diadakan bersama-sama Raja Muda Perlis sebelum bermulanya program Sikalton.


Presiden MAPTB, Tuan Hj. Ibrahim bin Hamzah bersama peserta-peserta berbasikal.


Di Surau Kampong Belukar, Padang Siding telah diadakan tazkirah kepada para hadirin yang telah disampaikan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.


Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di Surau Kampung Belukar, Padang Siding, Kangar, Perlis.


Pengarah Pentadbiran MAPTB, Tuan Hj. Ahmad Abd Hamid telah menyampaikan hamper kepada seorang asnaf di Kampong tersebut.


Program ‘Sikalton’ tersebut disekalikan dengan aktiviti ‘Kayuhan MAIPS Peduli Menjejaki dan Menyantum Asnaf’ kali Ke 46 sejauh 20 kilometer yang bermula dan berakhir di Masjid Assobirin, Kampong Gial, Kangar, Perlis.


Majlis makan bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama para perwakilan persatuan, peserta-peserta sikalton dan peserta-peserta berbasikal dari Krabi, Thailand.


Keratan Akhbar.

10 NOVEMBER 2017
MASJID NEGARA

Pihak Masjid Negara telah menjemput Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia mengadakan pameran sempena Program Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan diadakan di Perkarangan Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 10 November 2017. Turut serta Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM), National Eye Hospital, Malaysian AIDS Council, Persatuan Orang Pekak Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Para petugas pada hari itu Tuan Hj. Daud Isnin dan dua sukarelawan.



2 APRIL 2017
HARI TIBI SEDUNIA 2017

Sambutan Hari Tibi Sedunia 2017 telah diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur anjuran bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Kuala Lumpur (APTBKL), Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan OCBC Bank. APTBKL telah mengadakan pameran penyakit Tibi, Flash Mob dan Mobil X-Ray untuk orang ramai. Aturcara pada hari tersebut adalah seperti Fun Run, pemeriksaan Gigi, X-Ray Dada, Flash Mob, Mesej Tuberkulosis, pertandingan melukis poster dan lain-lain. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Hj Mohd Najib bin Mohd mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur. Kakitangan-kakitangan yang bertugas pada hari itu ialah Penolong Setiausaha APTBKL Tuan Hj. Daud bin Isnin, kakitangan MAPTB Federal juga MAPTB Diagnostic Centre.



26 MAC 2017
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) telah dijemput oleh Universiti Teknologi MARA (UITM) untuk mengadakan pameran Tibi sempena Karnival Promosi & Saringan Kesihatan Komuniti dengan tema “Bersama Cegah & Gempur Tibi” bertempat di Flat Taman Sri Lembayung, Shah Alam, Selangor pada 26 March 2017. Staf yang bertugas pada hari itu tersebut adalah Puan Mary Lum & Puan Annie Yong.